Wednesday 22 May 2013

Kegiatan Ekonomi


Sumbangan Kegiatan Ekonomi


A) Sumber Pendapatan Negara

  • Pertanian ( kelapa sawit dan getah)
  • Perhutanan (kayu balak, papan lapis, perabot, kertas, kayu gergaji)
  • Perlombongan (petroleum, gas asli, biji timah)
  • Perindustrian (elektronik, tekstil)
  • Perkhidmatan (bank, perniagaan)
  • Pelancongan (perhotelan, pengankutan)
B) Peluang Pekerjaan 
  • Sektor pertanian
  • Sektor perlombongan
  • Sektor pelancongan
  • Sektor perindustrian
C) Pembangunan 
  • Pembangunan kawasan (industri desa dan kraf tangan)
  • Infrastruktur yang baik
  • Pembangunan sumber manusia (pekerja mahir dan separuh mahir)
Faktor-faktor yang menggalakkan pembangunan ekonomi 
  • dasar kerajaan
  • bahan yang mudah diperoleh
  • kemudahan pengangkutan
  • bahan api dan kuasa
  • lokasi
  • modal
  • tenaga kerja
  • pasaran yang baik 

     

    Kesan Kegiatan terhadap Alam Sekitar

    Pengenalan
    - Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang dianggap
    sebagai manusia ekonomi.


    - Sebagai manusia ekonomi, iaitu menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.

     Alam sekitar dibahagi kepada 2
    komponen iaitu:-


    1. Komponen mengandungi hidupan
    iaitu haiwan dan tumbuhan.


    2. Komponen bukan hidupan –tanah, udara dan air.

    Aktiviti utama manusia

    - Sebagai manusia ekonomi, manusia menjalankan kegiatan harian dengan berinteraksi kepada alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.


    - Aktiviti asas utama manusia ialah:-


    1. Pertanian


    2. Perlombongan


    3. Pembalakan


    4. Perikanan


    - Aktiviti yang disebutkan di atas mempunyai kesan terhadap
    keseimbangan alam sekitar sekiranya tidak ada satu panduan pengurusan sumber yang baik. 

    Aktiviti Pertanian 


    - Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.


    - Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian
    pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga
    menyebabkan permukaan tanah


    Akitiviti Perlombongan

    - Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudipermukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.


    - Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar

    Aktiviti Pembalakan


    - Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara tropika termasuk Malaysiakerana mempunyai spesies pokok
    yang bermutu.


    - Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia bolehmemusnahkan habitat haiwan liar.


    - Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh
    menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.


    - Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan
    memerlukan 40 tahun untuk puli semula.

    Aktiviti Perikanan

  • - Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.


    - Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jaladan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.


    - Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden
    seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yangmengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

    Pembinaan Jalan Raya 

    - Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.

    - Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.

Kebudayaan Di Malaysia

Perayaan-Perayaan Di Malaysia


KAUM CINA TAHUN BARU CINA
KAUM MELAYU HARI RAYA AIDILFITRI


KAUM INDIA HARI DEEPAVALI

KAUM KRISTIAN HARI KRIMAS

SUMBER:  PERAYAAN MALAYSIA

Bentuk Muka Bumi

Jenis-Jenis Bentuk Muka Bumi


BENTUK MUKAN BUMI DI MALAYSIA

Tanah Tinggi
KAWASAN TANAH TINGGI DI MALASIA
1.  Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.

2.  Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a)    Banjaran Nakawan
b)    Banjaran Kedah Singora
    c)  Banjaran Bintang
a)    Banjaran Keledang
b)    Banjaran Titiwangsa/Besar
c)     Banajran Benom
d)    Banjaran Tahan
e)    Banjaran Pantai Timur

3  Banjaran di Sabah:
a)    Banjaran Crocker
b)    Banjaran Trus Madi
c)     Banjaran Witti
d)    Banjaran Maitland
e)    Banjaran Brassey

4  Banjaran di Sarawak :
a)    Banjaran Tama Abu
b)    Pergunungan Iran
c)     Pergunungan Hose
d)    Banjaran Kapuas Hulu
e)    Banjaran Kelinkang  

5  Banjaran Titiwangsa:
a)    tulang belakang Sem.M`sia
b)    terpanjang (480km)
c)     dikenali Banjaran Besar
d)    kemuncak tertinggi -  Gunung Korbu (2182m)
e)    3 pusat peranginan :
             - Tanah Tinggi Genting
             - Tanah Tinggi Cameron
             - Bukit Fraser
f)     legeh dan kawasan tadahan bagi sungai.

6  Banjaran Crocker: 
      a)  terbesar dan tertinggi di Malaysia.
 b)  Kemuncak tertinggi  - Gunung Kinabalu (4101m)
      c)  terdapat  Taman Negara Crocker dan Taman Negara
          Kinabalu.

7  Banjaran Tama Abu
a)    banjaran utama Sarawak
     b)   kemuncak tertinggi - Gunung Murud (2425m) 



                                                                     Bukit Larut, Perak

                                                          Gunung Bintang, Kedah


                                                              Bukit Fraser, Pahang

                                                        Genting Highland, Pahang


                                                           Gunung kinabalu, Sabah






Saturday 18 May 2013

Keajaiban Alam Semula Jadi




Tanah Air Tercinta - Malaysia


LOKASI MALAYSIA

Malaysia yang terletak di Garisan Khatulistiwa mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun.


Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.
Negeri (ibu negeri dalam kurungan)
  1.  Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
  2.  Kedah Darul Aman (Alor Setar)
  3.  Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
  4.  Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
  5.  Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
  6.  Pahang Darul Makmur (Kuantan)
  7.  Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
  8.  Perlis Indera Kayangan (Kangar)
  9.  Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
  10.  Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
  11.  Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
  12.  Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
  13.  Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)
Wilayah Persekutuan
  1.  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2.  Wilayah Persekutuan Labuan
  3.  Wilayah Persekutuan Putrajaya